2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ,
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.

1 hari 1 hadith….
In Syaa Allah….

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma.,

Maksudnya;

Daripada Nabi SAW., Baginda bersabda,
“Tidak ada kedengkian melainkan pada dua perkara:,, seseorang yang dianugerahkan al-Quran (mampu menghafal dan mengajarkannya) oleh Allah, lalu dia mengamalkannya di waktu malam dan siang.,,, Dan seseorang yang dianugerahkan harta oleh Allah, lalu dia membelanjakannya (di jalan Allah SWT.) di waktu malam dan siang.”

Ertinya:-

Jangan berdengkian melainkan pada dua perkara…

  1. Berdengkian mengamalkan dan mengajar al-Quran pada dirinya..dan
  2. Berlumba menginfaqkan (membelanjakan) harta pada jalan Allah SWT..

Sekadar Perkongsian.. Rujuk kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam An-Nawawi, m/s 198

Advertisement

Sahur.

ADAKAH BERSAHUR SUDAH DIKIRA NIAT PUASA?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3059959060730071&id=100001480210614

SOALAN :

Ada orang kata kalau kita bangun makan sahur maka tidak wajib lagi niat puasa kerana makan sahur sudah dikira sebagai niat puasa.

Mohon jawapan dari ustaz.

JAWAPAN :

Ulamak berselisih pada masalah seorang yang makan sahur adakah dikira sudah berniat puasa dan tidak lagi dia perlu berniat seperti biasa sebelum dia tidur atau selepas dia makan sahur.

Sebahagian fuqahak berkata makan sahur semata-mata tidak dikira telah berniat puasa.

Berkata Imam Al-Mutawalli :

لَوْ تَسَحَّرَ لِيَقْوَى عَلَى الصَّوْمِ أَوْ عَزَمَ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ أَنْ يَتَسَحَّرَ فِي آخِرِهِ لِيَقْوَى عَلَى الصَّوْمِ لَمْ يَكُنْ هَذَا نِيَّةً لِأَنَّهُ لَمْ يُوجَدْ قَصْدُ الشُّرُوعِ فِي الْعِبَادَةِ

Artinya : “Jikalau seorang itu bersahur supaya kuat berpuasa atau berazam pada waktu malam untuk bangun makan sahur di akhir malam nanti supaya kuat atas mengerjakan puasa nescaya tidak menjadi niat kerana sungguhnya tidak ada qasad pada syarak mengerjakan ibadah.”

Dan sebahagian fuqahak mengatakan makan sahur sudah menjadi niat puasa.

Berkata Imam Ar-Rauyani :

أَنَّهُ لَوْ قَالَ أَتَسَحَّرُ لِلصَّوْمِ أَوْ أَشْرَبُ لَدَفْعِ الْعَطَشِ نَهَارًا أَوْ امْتَنَعَ مِنْ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ وَالْجِمَاعِ مَخَافَةَ الْفَجْرِ كَانَ ذَلِكَ نِيَّةً لِلصَّوْمِ

Artinya : Sungguhnya jikalau seorang berkata aku bersahur untuk puasa atau aku minum air supaya tidak dahaga esok harinya atau seorang itu tidak mahu makan atau minum atau jimak sebab bimbang ia masuk waktu subuh nescaya adalah demikian itu dikira niat bagi puasa.”

Dan syarat bersahur itu menjadi niat puasa ialah jika hadir di dalam hatinya kerana berpuasa atau supaya kuat badannya atas berpuasa atau seumpamanya dari lintasan yang menunjukkan makan sahurnya itu kerana puasa.

Berkata Imam Ar-Rafi’ie :

وَهَذَا هُوَ الْحَقُّ إنْ خَطَرَ بِبَالِهِ الصَّوْمُ بِالصِّفَاتِ الْمُعْتَبَرَةِ لِأَنَّهُ إذَا تَسَحَّرَ لِيَصُومَ صَوْمَ كَذَا فَقَدْ قَصِدَه

Artinya : Inilah yang benar jika hadir pada hatinya hendak berpuasa dengan sifat yang diambil kira apabila bersahur kerana hendak menunaikan puasa maka sungguhnya dia telah melakukan qasad.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Bermula pendapat yang mengatakan bersahur jika ada dalam hatinya kerana hendak berpuasa maka telah menjadi niat ialah pendapat yang muktamad sisi mazhab.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

والمعتمد أنه لو تسحر ليصوم أو شرب لدفع العطش نهارا أو امتنع من الاكل أو الشرب أو الجماع خوف طلوع الفجر كان ذلك نية إن خطر بباله الصوم بالصفات التي يشترط التعرض لها لتضمن كل منها قصد الصوم

Artinya : “Dan yang muktamad ialah jikalau seorang makan sahur kerana berpuasa atau minum supaya tidak dahaga di siang hari atau terhalang dari makan atau minum atau jimak kerana takut masuk waktu subuh nescaya adalah demikian itu niat dengan syarat hadir pada hatinya berpuasa dengan sifat yang disyaratkan ada ketika berniat akan qasad berpuasa.” (Kitab Al-Iqna’ Syarah Abi Syuja’)

KESIMPULAN

Siapa yang makan sahur dan hadir pada hatinya bersahurnya itu kerana hendak puasa atau kerana menguatkan badan ketika berpuasa maka jadilah dia dikira sudah berniat dan sah puasanya pada hari itu.

Siapa yang makan sahur dan tiada pada hatinya makan sahur itu kerana hendak berpuasa maka dia dikira belum berniat dan tidak sah puasanya pada hari itu.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Konspirasi.

KONSPIRASI SIAPA ‘KANTOIKAN’ DR ZULKIFLI AL-BAKRI

Kes Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri didapati positif ujian virus Covid-19 pada bulan Oktober yang lalu sememangnya menggemparkan. Ia menjadi gempar bukan disebabkan beliau adalah menteri yang pertama dihinggapi wabak Covid-19, tetapi tanda tanya yang timbul betulkah beliau benar-benar positif ujian tersebut? Kesemua kontek rapat Dr Zulkifli termasuk dua bayi yang ditahnikkan beliau antara 24 September hingga 4 Oktober didapati negatif. Dr Zulkifli juga ditahan sebagai pesakit Covid-19 hanya sembilan hari iaitu daripada 5 Oktober hingga 14 Oktober, dan selepas itu beliau pulih sepenuhnya.

Boleh jadi ada yang beranggapan Dr Zulkifli begitu cepat sembuh kerana kebaikan beliau membantu ramai orang dan ramai juga yang mendoakan beliau segera sembuh. Sememangnya telahan sedemikian tidak tersasar kerana Allah swt yang Maha Penyembuh boleh menganugerakan kesembuhan segera kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bagaimanapun, tidak juga boleh diabaikan bahawa apa yang berlaku kepada Dr Zulkifli sebenarnya satu plot konspirasi untuk menganiayai beliau. Selepas beliau didapati positif beliau telah diserang segenap penjuru oleh pihak tertentu sehingga turut membabitkan menteri-menteri yang lain.

Bagaimanapun, sekiranya konspirator hanya bertujuan untuk membuka ruang serangan kepada Dr Zulkifli dan Kerajaan PN, ia adalah begitu remeh dan tidak berbaloi sehingga mereka sanggup mengambil risiko yang tinggi semata-mata untuk tujuan itu. Sudah pasti mereka mempunyai tujuan yang lebih besar untuk melakukan konspirasi tersebut. Apakah tujuan besar mereka sehingga sanggup menganiayai Dr Zulkifli yang sebenarnya bukan seorang ahli politik? Persoalan ini boleh disingkap jawapannya sekiranya kita melihat kronologi peristiwa ini daripada awal.

Dr Zulkifli telah kembali dari Sabah pada 24 September dan beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas itu. Hasil daripada ujian tersebut adalah negatif, lalu beliau telah menjalankan tanggungjawabnya serata negara dengan bertemu pihak-pihak yang pelbagai. Pada 3 Oktober beliau telah menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Jabatan Perdana Menteri bersama Perdana Menteri, beberapa orang menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Saringan untuk masuk ke bilik mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri ini sebenarnya sangat ketat bagi memastikan mereka yang hadir benar-benar sihat.

Pada 4 Oktober beliau telah dihubungi oleh Hospital Seremban untuk menjalani saringan Covid-19 sekali lagi. Mengapa Hospital Seremban pula yang menghubunginya? Meskipun beliau tinggal di Nilai, Negeri Sembilan, lazimnya seseorang menteri mengambil saringan ujian Covid-19 di Putrajaya. Sehari selepas itu, keputusan ujian Covid-19 beliau keluar dan beliau didapati positif. Akibatnya, keseluruhan mereka yang hadir dalam Mesyuarat MKN pada 3 Oktober dikehendaki menjalani saringan ujian termasuklah Perdana Menteri. Kesemua mereka negatif tetapi di kehendaki kuaratin kendiri selama 14 hari.

Dalam tempoh 14 hari tersebut, dari 4 Oktober sehingga 18 Oktober telah berlaku peristiwa besar di dalam negara, iaitu ada usaha untuk menumbangkan Kerajaan PN sedia ada. Pada 13 Oktober Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengadap Yang Dipertuan Agong, mempersembahkan surat sokongan PKR, DAP, PAN dan UMNO menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri ke-9. Sebelum Anwar bertemu Yang Dipertuan Agong, sudah tentu beliau ada pertemuan dengan Presiden UMNO dan parti komponen PH yang lain. Surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Penasihat BN adalah bertarikh 11 Oktober.

Kesemua kronologi peristiwa besar ini berlaku ketika Perdana Menteri, menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan termasuk IGP sedang dikuanrantin. Selepas Anwar mengadap Yang Dipertuan Agong, pimpinan DAP dijadualkan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 14 Oktober dan pimpinan UMNO pula dijadualkan mengadap pada 15 Oktober. Hanya Presiden PAN yang lewat sedikit mengadap pada 21 Oktober. Apakah yang boleh dilakukan oleh pimpinan-pimpinan Kerajaan PN untuk bertindak balas ketika mereka sedang dikuarantin, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga dalam situasi yang sama?

Perkara ini tidak mungkin hanya satu kebetulan, justeru siasatan mendalam perlu dilakukan kepada pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan yang berkemungkinan terbabit untuk menganiaya Dr Zulkifli. Kewujudan pegawai-pegawai yang bersubahat dengan PH di dalam Kementerian Kesihatan sememangnya tidak boleh ditolak. Sebelum ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sewaktu pulang dari Turki tidak dikeluarkan waran untuk kuarantin oleh Kementerian Kesihatan, dan apabila beliau tidak kuarantin kerana tiada waran, tiba-tiba maklumat itu bocor kepada Teresa Kok.

Sebelum ini pun, beberapa maklumat sulit daripada Kementerian Kesihatan dibocorkan. Tidakkah ini menguatkan lagi naluri kita, ada suatu Konspirasi besar untuk menumbangkan Kerajaan PN?

Dr Ismadi Abd Samad

Berkat.

تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

-Surah Al-Mulk, Ayah 1

Baca.

Mereka yang membaca Al-Quran dengan tujuan keduniaan tidak akan mendapat apa-apa bahagian pada hari akhirat kelak.

Kita nie yang membaca Al-Quran.. antara kita ada orang Arab atau bukan Arab. Teruskanlah bacaanmu sebagaimana kamu melakukan sekarang ini.

Rasulullah SAW bersabda

“Tidak lama lagi akan bangun satu golongan manusia yang akan membetulkan sebutan huruf-huruf Al-Quran. Sebagaimana anak panah diperbetulkan,
Iaitu mereka akan berusaha keras untuk menghiasi bacaan mereka. Mereka menghabiskan masa berjam-jam bagi memperbaiki sebutan setiap huruf.
Mereka bersusah payah untuk membetulkan makhraj, tetapi itu semua adalah tujuan untuk keduniaan saje.
Perbuatan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan akhirat.”

Daripada Buraidah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa membaca Al-Quran dan dengan Al-Qur’an dia memperoleh sesuatu daripada manusia untuk di makannya,
Akan muncul pada hari Kiamat, mukanya cuma bertulang dan tidak berdaging.”

(H.R Baihaqi dalam kitab Syukbil Iman)

Laa hawla wala quwwata illa billah hil a’liyil adzim🍃

MuhasabahDiri

SalamAsar