Bantu Aman Palestine.
RM0.00 AMAN PALESTIN: Bantu bina hospital pakar psikiatri pertama di Semenanjung Gaza. Projek sedang dalam pembinaan. Klik untuk berwakaf go.my/3sNq8km

Watch “10 sifat wali Allah.” on YouTube
18
Sekarang dah lain. – Dulu kita buru komunis dalam hutan. Sekarang kita buru komunis dalam parliament. In Shaa Allah.
Najib Razak – Biarpun kami baharu lepas PRN Johor tetapi… | Facebook

Kronologi.
Kronologi tuntutan Sulu:
2013: Pengganas Sulu ceroboh Sabah. 10 wira Malaysia dibunuh dengan kejam, 12 cedera. 56 pengganas dibunuh, 3 cedera. Malaysia henti bayar RM5,300 setahun.
2014: Waris Sulu tak berani saman Malaysia sebab henti membayar RM5,300 setahun.
2015: Waris Sulu tak berani saman Malaysia.
2016: Waris Sulu tak berani saman Malaysia.
2017: Waris Sulu tak berani saman Malaysia.
2018: Waris Sulu tak berani saman Malaysia. Kerajaan bertukar tangan kepada PH.
July 2019: Setelah kerajaan tukar kepada PH, waris Sulu upah peguam asing untuk saman Malaysia di mahkamah timbang tara antarabangsa.
Kerajaan PH tak hantar peguam untuk melawan dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.
Sept 2019: Biarpun kata tak iktiraf saman tersebut, Peguam Negara kerajaan PH tulis surat kepada waris Sulu dengan mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.
(Luar biasa bodoh sebab sendiri kata tak iktiraf prosiding mahkamah tap tulis surat untuk settle, sendiri mengaku salah serta mengaku kesal dan mahu selesai kes dengan pampasan hanya RM48k sedangkan waris Sulu sudah upah peguam asing yang mahal)
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid02NVHQ2G2dGcsLcf7zrR46wRkGN7TmJEKmqjMk6g3sDHb9c8edzXcTGKogPWz97K3Rl
Mar 2022: Peguam waris Sulu gunakan surat pengakuan salah dan kesal Peguam Negara kerajaan PH sebagai bukti Malaysia dalam mahkamah. Malaysia kalah kes dan disuruh bayar AS$14.92 bilion (RM66 bilion) kepada waris Sulu atau serahkan Sabah.
“However, in the 2019 letter which Mason cited, Thomas acknowledged that the claimants were the rightful heirs to the sultanate, and that they were the same people who Malaysia had been making payments to for years. The letter, which FMT has sighted, was also copied to (hakim) Stampa.”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/10/uk-lawyer-refutes-agcs-claim-on-identities-of-sulu-sultans-heirs/
April 2022: Tommy marah hakim Kata hakim tak professional.
“https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/04/04/tommy-thomas-slams-spanish-039rogue-arbitrator039-over-award-to-sulu-heirs”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/04/04/tommy-thomas-slams-spanish-039rogue-arbitrator039-over-award-to-sulu-heirs
Julai 2022: Waris kesultanan Sulu rampas dua aset PETRONAS bernilai US$2 bilion (RM9 bilion). Berhak merampas US$12.41 bilion lagi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/975640/waris-kesultanan-sulu-rampas-dua-aset-petronas
Fokus hapuskan dap. – In shaa Allah.
Elak masok penjara.
KALI KEEMPAT TEGUR CASHIER, ELAK PENJARA 3 TAHUN
Semalam, ketika beratur untuk membayar di Speedmart99 Southville Bangi, saya perasan warga asing di belakang saya bawa sekitar 6 tin arak Tiger. Selesai membayar, saya bertanya kepada cashier, “Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?”.
Cashier muda bertudung itu menjawab, “Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat”.
Saya berkata, “Cik, di Selangor, jual arak adalah jenayah Syariah yang boleh dihukum 3 tahun penjara. Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.
Saya juga bagitahu kepada warga asing yang nak beli arak tu, “Encik, cashier ni tak boleh teruskan jualan. Dia orang Islam. Dia tak boleh jual arak”.
Warga asing itu balas, “Air ni bukan saya punya. Ini orang lain suruh beli”. (Dia tak faham kata saya agaknya).
Kemudian seorang lagi staf Speedmart datang. Staf lelaki ini kata, “Kita faham yang arak ni tak elok. Kita pun tak nak jual benda ni. Tapi ini urusan kerja”.
Saya balas, “Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apapun kontrak pekerjaan anda”.
Staf lelaki itu berkata, “Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya”.
“Boleh. Tolong panggil dia”, ujar saya.
Apabila sang manager tiba, saya jelaskan semuanya, dan saya minta dia hold transaksi 6 tin arak Tiger ni. Dia berkata, “Kami akan hold, dan laporkan ke pihak atasan. Keputusan adalah di tangan mereka”.
Kemudian saya toleh ke belakang mencari warga asing yang nak beli arak tu. Rupanya dia dah lesap.
Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran. Sebelum beredar, saya berkata, “Encik dan Cik, saya bukan nak menyusahkan kamu. Saya sedang protect kamu sebenarnya. Saya sedang bantu kamu. Jika kamu nak, saya boleh usahakan bantahan, hingga jualan arak di kedai ini dihentikan terus, jadi anda boleh bekerja dengan senang hati”.
Saya mohon izin bergambar, beri business card saya, dan beredar.
===============
Apabila pulang ke rumah, saya membuat refleksi terhadap apa yang berlaku.
Seingat saya, ini adalah kali keempat saya menegur cashier muslim berkenaan jualan arak di kaunter. Pertama adalah di Shah Alam, tanggal 30 Ogos 2011. Yang kedua saya tak ingat. Yang ketiga di Speedmart Taman Putra Kajang.
Setiap kali teguran, bahasa dan keyakinan saya makin baik. Kalau dulu macam malu-malu kucing, semalam sudah macam harimau. Kali kelima nanti saya tak tahulah.
Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda.
Itulah refleksi saya. Moga Allah tetapkan kita atas jalan Umat Terbaik, Yang Mengajak Makruf, Menghalang Mungkar dan Beriman Kepada Allah. Ameen.
BILAL JAILANI
Yang Dipertua
Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Bangi
6 Dis 2021




